suria

Kisah sahabat beri Izzrin Irfan idea cipta ‘Sakit Tiada Bererti’, harap jadi inspirasi buat penderita kesihatan mental

Izzrin Irfan tampil dengan lagu baharu Sakit Tiada Bererti.

MASALAH kebimbangan melampau atau anxiety yang dihidapi oleh salah seorang sahabat memberi penyanyi Izzrin Ifran inspirasi menghasilkan lagu terbaharunya berjudul Sakit Tiada Bererti.

Izzrin atau Muhammad Izzrin Ifran, 21, berkata, lagu berkenaan bukan sahaja didedikasikan buat sahabatnya itu tetapi berharap dapat membantu sesiapa sahaja mengharungi masalah berkaitan kesihatan mental.

"Lagu ini saya dapat ilham daripada kisah sahabat saya sendiri yang mengalami masalah anxiety kesan daripada beberapa masalah peribadi.

Izzrin Irfan selalu bantu sahabat yang mengalami masalah anxiety

"Keadaannya boleh dikatakan agak teruk juga dan saya sering menjadi tempat dia mengadu masalah dan daripada situ saya dapat inspirasi menghasilkan Sakit Tiada Bererti.

"Saya harap lagu ini juga dapat memberi inspirasi kepada sesiapa juga yang turut mengalami masalah sama," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Izzrin Irfan berehat dari dunia seni angkara sihir, amal ayat suci al-Quran sebagai pelindung diri

Dalam pada itu, Izzrin berkata, dia turut berasa bangga dengan single terbaharunya ini kerana ia adalah ciptaannya sendiri.

Proses menggubah lagu berkenaan kata Izzrin mematangkan lagi kemahirannya menghasilkan melodi dan lirik yang puitis.

"Saya dapat nasihat dan sokongan daripada pengurus untuk menggubah sendiri lagu tersebut dan Alhamdulillah atas dorongan itu saya berjaya menghasilkannya.

Izzrin Irfan sepi selama dua tahun akibat masalah kesihatan yang dialaminya

"Apabila diberi kepercayaan seperti itu saya sebagai penggubah lagi dapat buaat keputusan tentang melodi dan lirik yang saya mahukan," jelasnya.

Izzrin yang sebelum ini pernah tampil dengan Aku Terima Nikahnya berharap lagu terbaharunya itu dapat lolos dalam Anugerah Juara Lagu.

"Impian saya agar lagu ini dapat diterima baik pendengar dan sebagai pencipta lagu sudah tentu saya mahu lihat ia dapat menjadi finalis Anugerah Juara Lagu," ujarnya yang turut memanfaatkan 1.3 juta pengikut di TikTok bagi mempromosikan lagunya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Aslam tak mampu poligami - Abby Abadi