suria

Tak pernah rasa kehilangan sampai jatuh sakit, Fara Salleh merayu kucing kesayangan dipulangkan 

75873513875815

PERKONGSIAN wanita yang pernah dikaitkan dengan pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh yang memuat naik video memaparkan dirinya sedang menangis mendapat perhatian ramai.

Fara memaklumkan kucing kesayangan berbaka Mainconne hilang sejak dua hari lalu di sekitar Segamat, Johor dan merayu agar ia dipulangkan kepadanya.

"Sesiapa yang duduk di kawasan Lubuk Batu Segamat, kalau ternampak atau pun terambil kucing saya, sila pulangkan semula.

Fara Salleh menangis hilang kucing.

"Sudah dua hari dia tidak balik," katanya dalam linangan air mata.

Video berkenaan dimuat naik Fara menerusi Instagram miliknya pada Jumaat.

ARTIEKL BERKAITAN: Shuk Sahar kongsi foto tunai umrah tapi komen Fara Salleh pula jadi perhatian... netizen doa ‘semoga cepat berjodohan’

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas kawan baik Ira Kazar petik nama kekasih Shuk... Fara Salleh kata ‘attention seeker’, tak pernah kenal

Dalam pada itu, Fara sedia memberi ganjaran berbentuk wang tunai kepada individu yang berjaya menemui kucing kesayangannya itu.

Kata Fara, dia tidak pernah rasa kehilangan seperti ini sehingga jatuh sakit selama dua hari akibat merindukan kucingnya.

"Saya merayu untuk orang baik jujur pulangkan kucing saya. Kalau anda minta bayaran Insya Allah saya akan usahakan bayaran untuk yang memiliki kucing saya.

75873513875815

Fara Salleh merayu kucing dipulangkan semula.

"Saya cuma nak dia balik je. Saya tak pernah sesakit ini, dah dua hari saya sakit terbaring keadaan saya teruk. Pulangkanlah saya merayu sangat," katanya lagi.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet bersimpati kepadanya selain memberikan beberapa tip agar kucingnya segera ditemui semula.

"Macam mana boleh hilang? Fara lepas dekat luar ke?

310752918_143102298162769_2714958250022042817_n

Kucing Farah Salleh dijual di Facebook?

"Saya pun pernah hilang kucing siap buat solat hajat. Saya faham rasa sedih itu," antara komen netizen.

Bagaimanapun, terdapat dakwaan mendakwa kucing tersebut telah diambil dan dijual di laman Facebook.

Terdahulu, nama Fara Salleh pernah menjadi bualan hangat netizen apabila dikatakan menjadi orang ketika dalam rumah tangga Shuk dan isterinya Rossa Sera sekitar dua tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain