suria

[V] Tiada istilah bersara, Ella umum konsert sempena 35 tahun sebagai penyanyi

RATU rock negara Ella menyangkal dakwaan tindakannya memadam semua gambar di Instagram miliknya baru-baru ini sebagai gimik ekoran pengumuman bakal mengadakan konsert bersempena 35 tahun penglibatannya dalam dunia seni suara pada 10 Jun depan.

Sebaliknya kata pemilik nama sebenar Nor Zila Aminuddin, 56, ini, dia memadam semua hantaran di Instagram kerana ingin berehat daripada menggunakan media sosial berkenaan.

"Sebenarnya saya cuma berehat seketika dari media sosial dan kini kembali selain berkongsi pada semua tentang konsert Ella bersempena 35 tahun sebagai penyanyi," katanya kepada mStar.

Ella berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Jilid Akhir: Ella Puteri Kota yang berlangsung pada petang Jumaat.

1961002

Ella menyangkal dakwaan dia bakal bersara dari dunia seni.

Berkongsi lanjut mengenai konsert tersebut, penyanyi lagu Standing In The Eyes of the World itu memberitahu ia diadakan sebagai penghargaan buat peminat yang sentiasa memberi sokongan kepadanya sebelum ini.

Kata Ella, konsert itu juga bukan bererti dia akan meninggalkan bidang seni sebaliknya ia permulaan baharu dalam penggembaraannya sebagai penyanyi.

"Konsert ini saya dedikasikan buat semua peminat yang setia menyokong perjalanan seni saya selama ini. Tiada kata penghargaan yang dapat tandingi sekongan kalian semua.

ARTIKEL BERKAITAN: “Terima kasih untuk 35 tahun”... Ella padam foto IG, beri bayangan tinggalkan dunia seni

ARTIKEL BERKAITAN: Diangkat sebagai ‘Figura Peladang’, Ella seronok projek cili diusahakan berjaya... Selepas ini rancang tanam buah pula!

"Sekalipun ini merupakan jilid akhir konsert solo saya dalam skala besar sepanjang 35 tahun ini, namun saya percaya ia hanyalah permulaan baharu bagi penggembaraan kerjaya saya,” katanya.

Dalam pada itu, Ella menjelaskan bahawa ini bukan konsert terakhir darinya namun nama konsert tersebut adalah bersempena nama buku yang ditulis sendiri sepanjang 35 tahun sebagai anak seni.

"Ini bukan persembahan terakhir saya. Namanya jilid terakhir sebab itu tajuk buku yang saya terbitkan,” jelasnya.

Sementara itu, Ella bakal menyanyikan 35 lagu di konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Sebelum ini, tindakan Ella memadam gambar di Instagram mencetuskan kekecohan apabila penyanyi berkenaan seakan memberi bayangan bakal meninggalkan dunia seni.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain