suria

“Terima kasih untuk 35 tahun”… Ella padam foto IG, beri bayangan tinggalkan dunia seni

Ella tidak akan berundur dari industri muzik.

TINDAKAN penyanyi rock Ella memadam semua gambar di laman Instagram miliknya menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Menerusi satu hantaran terbaharu, Ella, 57, menulis kapsyen penghargaan kepada orang ramai seolah-olah memberi bayangan mahu bersara dan meletakkan titik noktah pada perjalanan seninya.

"Terima kasih untuk 35 tahun," tulisnya.

Tindakan Ella memadam gambar di IG menimbulkan tanda tanya.

Tindakan Ella memadam gambar di IG menimbulkan tanda tanya.

Mengulas mengenai perkongsian Ella itu, wakil pengurusannya dikenali sebagai Peah memaklumkan pihaknya juga tidak dapat memastikan perkara tersebut kerana apa yang dilakukan itu adalah datang daripada hati penyanyi tersebut.

Peah bagaimanapun yakin penyanyi lagu Permata Biru itu tidak mungkin akan berundur daripada industri muzik tanah air dalam masa terdekat.

"Saya pun tidak boleh nak komen panjang tentang tindakan memadam semua gambar di IG itu kerana ia adalah dari hati Ella sendiri. Rasanya lebih baik dia sendiri yang memberi jawapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Diangkat sebagai ‘Figura Peladang’, Ella seronok projek cili diusahakan berjaya... Selepas ini rancang tanam buah pula!

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Masdi lega ‘Sekuntum Mawar Merah’ versinya dapat persetujuan Ella

"Saya tidak pasti apa yang terbuku di hatinya sekarang ini. Namun sebagai pihak pengurusan rasanya tidak mungkin dia akan mengundur diri kerana nama Ella sudah cukup sinonim dalam industri muzik," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Tambah Peah, kapsyen yang ditulis Ella itu merupakan tanda penghargaan atas sokongan peminat termasuk generasi baharu yang meminati lagu-lagu nyanyiannya.

Saya pun tidak boleh nak komen panjang tentang tindakan memadam semua gambar di IG itu kerana ia adalah dari hati Ella sendiri

PEAH

PENGURUS ARTIS

Malah, Peah memberitahu penyanyi itu cukup tersentuh apabila dia masih menerima sambutan peminat ketika terlibat menjayakan persembahan di sebuah acara di Tawau, Sabah, baru-baru ini.

"Ketika kami tiba di Tawau, ramai peminat yang sudah menunggu di lapangan terbang. Semasa di hotel pun mereka datang kerana Ella berada di sana.

"Pada malam acara tersebut sambutan amat menggalakkan. Itu yang membuatkan Ella sangat terharu dan sebak kerana orang masih meminatinya.

Selama 35 tahun dalam industri, nama Ella masih kekal bertahan.

Selama 35 tahun dalam industri, nama Ella masih kekal bertahan.

"Selama 35 tahun dalam industri seni, sudah tiba masanya untuk Ella berbakti untuk generasi baru bidang muzik. Mungkin ada sesuatu yang akan dia lakukan nanti," jelasnya.

mStar sedang berusaha mendapatkan penjelasan Ella mengenai tindakannya memadam semua foto di Instagram itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain