suria

Tengku Zafrul murah hati belanja pengikut tonton ‘Imaginur’… Tak sampai sejam tiket habis ditebus

Tawaran tiket wayang percuma habis ditebus kurang dalam satu jam.

MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz bermurah hati untuk belanja pengikutnya menonton filem terbaharu berjudul Imaginur.

Menawarkan 50 tiket percuma untuk pengikutnya, Zafrul, 50, memaklumkan tiket filem berkenaan habis ditebus oleh pengikut selepas sejam dia memuat naik tawaran berkenaan.

Tawaran diberikan kepada pengikut terawal yang menghantar penyertaan menerusi ruangan mesej.

zafrul1  - 1

Zafrul belanja 50 pengikut bertuah menonton filem Imaginur.

"Slot telah penuh. Hanya mereka yang berjaya sahaja yang akan dihubungi berserta dengan maklumat program.

"Terima kasih kepada semua yang telah menyertai," tulisnya di laman Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Beto Kusyairy pegang watak Zuhal 6 bulan disebabkan PKP, ‘Imaginur’ sarat elemen hipnosis dan teka-teki

ARTIKEL BERKAITAN: Novel Sasterawan Negara Abdullah Hussain 'Imam' diangkat sebagai filem

Sebelum itu, Zafrul menerusi akaun peribadinya menawarkan tiket percuma filem Imaginur kepada pengikutnya.

"Saya nak belanja korang tonton filem Imaginur, pukul 9.15 malam, Rabu di kawasan Lembah Klang.

"Jom, kalau mak sertai DM 'Saya nak tengok Imaginur!' Siapa cepat dia dapat. Saya nak belanja 50 orang tiket percuma," katanya.

Untuk info, Imaginur mengisahkan tentang seorang lelaki yang bermimpi seorang gadis yang kemudian tiba-tiba dapat bertemu di alam realiti.

Filem arahan Nik Amir Mustapha itu dibintangi barisan pelakon popular termasuk Beto Kusyairy, Diana Danielle, Nadiya Nisa, Fatimah Abu Bakar, Afdlin Shauki, Meor Hashim dan Pekin Ibrahim.

Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 23 Februari 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain