suria

“Saya introvert tak banyak cakap”… Erra Fazira seronok masuk konti, rupanya bukan senang jadi penyampai radio

Erra Fazira akui sentiasa cemas ketika nak bersiaran di radio.

MEMULAKAN tugas sebagai penyampai radio sementara di slot Duo Sinar sejak 7 Februari lalu, pelakon dan penyanyi Erra Fazira memberitahu kerjaya tersebut memberi satu kepuasan baharu buatnya.

Erra atau nama sebenar, Fazira Wan Chek, 49, mengakui kerjaya itu sangat mencabar namun dia mula seronok dan jatuh cinta dengan tanggung jawab baharu itu.

"Menjadi penyampai radio ini makin lama makin seronok. Saya rasa saya mula jatuh cinta dengan dunia penyampai radio ini. Saya rasa ini satu kepuasan selepas mencuba menjadi pelakon, penyanyi dan pengacara.

333420222_526374779396483_4092192391902813174_n

Erra Fazira Seronok jadi penyampai radio.

"Ini sebenarnya kali kedua, sebelum ini saya buat pagi. Tapi segmen pagi dulu saya sampai demam. Bila dapat petang baru seronok sikit," katanya kepada mStar.

Erra berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui ketika majlis pelantikannya sebagai duta Captain Dolphin yang berlangsung baru-baru ini.

Kata Erra, tugas sebagai penyampai radio membantunya untuk petah berkata-kata walaupun dirinya seorang yang pendiam dan pemalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Erra Fazira akui bimbang emosi anak terganggu namun tidak campur urusan rumah tangga bekas suami

ARTIKEL BERKAITAN: Macam adik dan kakak... Video TikTok bersama anak jadi tumpuan, ramai puji kecantikan Engku Aleesya macam Erra Fazira

"Saya seorang yang 'introvert' dan tidak banyak bercakap. Tugas sebagai penyampai radio memerlukan saya petah bercakap dan kongsi idea secara spontan.

"Saya juga tak selesa menjadi pendiam dan pemalu sekali gus ia mencabar saya sebagai penyampai radio untuk menjadi lebih berani," katanya lagi.

Tambah Erra, dia selalu cemas ketika tiba masa untuk bersiaran malah sering bersedia awal memandangkan dirinya bukan seorang yang spontan.

Saya suka rancang dahulu tapi menjadi seorang penyampai radio semuanya kena spontan.

ERRA FAZIRA

PELAKON/PENYANYI/PENGACARA

"Cemas! Saya selalu minta topik awal kerana saya bukan orang yang spontan. Saya suka rancang dahulu tapi menjadi seorang penyampai radio semuanya kena spontan.

"Terutama apabila bergandingan dengan mereka yang lebih berpengalaman seperti Faliq Hikyle dan Hefny Sahad semua jenis spontan," ujarnya.

Tambah Erra, dia turut meminta tip pada penyampai radio berpengalaman seperti Linda Onn dan juga Halim Othman untuk tampil lebih yakin.

332917716_155627854026571_4708275179368224504_n

Erra minta tips dari orang berpengalaman.

Dalam pada itu, Erra memberitahu bahawa dia belum bersedia untuk menjadi penyampai radio sepenuh masa memandangkan masih terikat dengan komitmen lain.

"Pihak Sinar FM ada menawarkan saya kontrak selama setahun tapi saya tak berani kerana itu melibatkan kerja hari-hari saya takut kerja lain tergendala. Tapi kalau untuk enam minggu saya okay," kongsinya

Sebelum ini, Erra pernah menimba pengalaman mengendalikan segmen pagi di Sinar FM bersama Angah, Jepp dan Rahim selama sebulan pada April tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain