suria

Meriah! Ribuan peminat hadir ‘Konsert Jelajah Suria’ di Kuantan, datang awal semata-mata mahu duduk depan pentas

Konsert Jelajah Suria di Kuantan City Mall berlangsung meriah.

KONSERT Jelajah Suria yang berlangsung di Kuantan City Mall, Kuantan Pahang berjaya menarik lebih 6,000 pengunjung dengan meraih 150,000 jumlah tontonan di seluruh platform digital Suria FM.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin, meluahkan rasa syukur atas sambutan luar biasa yang diterima daripada peminat di Pantai Timur.

Kata DJ Lin, peminat tiba di lokasi beberapa jam lebih awal untuk memastikan mereka mendapat tempat di bahagian hadapan pentas, sekali gus menjadi pembakar semangat buat seluruh tenaga kerja Suria.

suria2 - 1

Peminat berpeluang bergambar bersama Shuib.

"Sejujurnya, kami berasa sangat teruja dan menzahirkan rasa syukur diatas sambutan luar biasa yang diberikan oleh pengunjung di Pantai Timur khususnya di Kuantan ini.

"Lebih terharu, apabila melihat pengunjung tiba di lokasi beberapa jam lebih awal untuk tidak melepaskan peluang duduk di barisan hadapan pentas.

ARTIKEL BERKAITAN: Siri Jelajah Suria 2023 buat kelainan, tampil artis-artis era 80-an hiburkan penonton

ARTIKEL BERKAITAN: Orang Kedah memang sporting! Penyanyi popular meriahkan konsert 'Jelajah Suria 2023'

"Ia sekaligus menjadi pembakar semangat buat kami, seluruh warga kerja Suria FM untuk lebih berusaha memberikan yang terbaik buat peminat pada lokasi akhir Jelajah Suria, Sabtu ini," katanya.

Konsert yang bermula seawal pukul 2.00 petang itu dimeriahkan dengan persembahan pembukaan daripada kumpulan tarian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Pahang.

suria1 - 1

Haqiem Rusli turut menghiburkan peminat di Kuantan, Pahang.

Antara barisan artis yang membuat persembahan seperti Ramlah Ram, Syamel, Ernie Zakri, Azan Scan, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan, Amir Masdi, Floor88, Xpose band, Syameer Azmi, Zulhadi, Amad Fadlin, Tallisya, Heedan Mohd dan Danial Kifli.

Pentas Jelajah Suria Anggun Cotton Collection akan berakhir di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya pada Sabtu ini, 4 Mac 2023 dengan membariskan lebih 10 artis popular tanah air seperti Fauziah Dato Ahmad Daud (Ogy), Newboyz, Misha Omar, Akim & The Majistret, Muss, Alif Satar & The Locos, Dolla, Hasif Upin, Venus, Airliftz, Meer Nash, Iss Arffan, Aliff Iskandar, Aufahanie, Rief Danial, Amir Hasan dan ramai lagi!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain