suria

Siri Jelajah Suria 2023 buat kelainan, tampil artis-artis era 80-an hiburkan penonton

Siri Jelajah Suria bakal menampilkan lebih 40 artis terkemuka negara.

SURIA FM Suria FM kembali dengan Siri Jelajah Suria yang bakal menemui peminat bermula 11 Februari 2023 sehingga 4 Mac 2023 bertemakan sentuhan '80an, 90an dan terkini!'.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali DJ Lin berkata, Siri Jelajah Suria kali ini bakal membuat kelainan dengan membawakan barisan artis 80-an.

"Untuk pertama kali, Suria FM akan membawakan artis-artis era 80-an untuk bersama-sama mengikuti siri jelajah kami.

"Antara artis-artis lama yang akan kami bawa adalah Shidee dan Raja Ema. Paling kurang pun kita akan bawa seorang artis 80-an di setiap lokasi.

suria1 - 1

Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin teruja menantikan Siri Jelajah Suria kali ini.

"Senarai lagu-lagu yang akan dibawa oleh penyanyi juga bakal mengimbau kenangan bersama peminat. Insya Allah kami juga akan menjemput Datuk Fauziah Ahmad Daud," katanya kepada mStar.

DJ Lin berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Jelajah Suria Anggun Cotton Collection yang diadakan di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam layan konsert... 'Jelajah 90 Suria' di Kuantan meriah, ribuan hadir tonton persembahan artis popular

ARTIKEL BERKAITAN: Hebat Suria FM! Cipta sejarah The Malaysia Book of Records radio pertama 'on air' atas kapal belayar

Dalam padan itu, DJ Lin turut memberitahu banyak kejutan yang akan diberikan termasuk pengunjung berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik termasuk empat buah Motosikal Modenas MR 3 bernilai lebih RM4,000.

"Siri Jelajah Suria adalah sebuah acara tahunan yang paling dinantikan peminat dan pendengar Suria FM.

"Pengunjung bakal berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa motosikal dan wang tunai lebih RM10,000 menerusi pelbagai aktiviti pentas," ujarnya.

suria2 - 1

Bunga Isme antara artis yang bakal membuat persembahan.

Jelajah Suria Anggun Cotton Collection akan membuka tirai pada 11 Februari di Paradigm Mall, Johor Bahru, diikuti Zon Utara pada 19 Februari.

Lokasi seterusnya di Kuantan City Mall, Kuantan Pahang pada 25 Februari 2023 dan di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, Selangor pada 4 Mac 2023.

Lebih 40 artis bakal menggamatkan siri Jelajah Suria kali ini termasuk Shidee, Raja Ema, Bunga Isme, Insomniacks, Akim & The Majistret, Luqman Podolski, Zamani Slam, Nabila Razali, Siti Nordiana, Alyph, Sissy Imann, Exists, Khai Bahar, Haqiem Rusli, Ramlah Ram, Ernie Zikri, Syamel dan ramai lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain