suria

“Eh! Saya tak ada kerjalah” - Khairy Jamaluddin terima ‘offer’ jadi DJ Hot FM, kendali segmen Bekpes Hot 

KJ bakal menjadi penyampai radio Hot FM.

BEKAS Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengesahkan bakal bergelar penyampai radio stesen Hot bermula 15 Februari ini.

Berita itu dimaklumkan sendiri Khairy menerusi temu bual yang dibuat melalui panggilan telefon pada segmen Bekpes Hot yang dikendalikan oleh Johan, AG dan Datuk AC Mizal pada pagi Khamis.

"Hmm, nak jadi penyampai radio. Kena bangun awal ke? Biar saya semak jadual saya.

"Minggu depan hari Isnin free, Selasa free, eh saya tak ada kerjalah. Bolehlah kot," katanya secara berseloroh.

kj1 - 1

Khairy memulakan tugas menjadi penyampai radio Rabu depan.

Dalam pada itu, Media Prima Audio (MPA) menerusi kenyataan akhbar kepada media turut mengesahkan kehadiran Khairy atau lebih mesra dengan sapaan KJ bersama tonggak utama Bekpes Hot itu nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran berkata, kehadiran Khairy dapat memberikan suntikan dan warna baharu buat stesen radio berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Umno pecat KJ, Noh... Hishammuddin digantung

ARTIKEL BERKAITAN: TMJ beri bayangan KJ bakal jadi CEO JDT

Nazri berkata, Khairy bukan sahaja seorang ahli politik dan pemimpin hebat tetapi beliau juga pempengaruh yang mempunyai impak besar buat rakyat Malaysia.

"Kehadiran KJ bukan hanya akan memberi sesuatu yang berbeza kepada pendnegar menerusi gandingan ahli politik, pelawak dan penyampai radio tetapi dimensi baharu untuk landskap radio negara.

Hot FM

Khairy bakal memberikan suntikan baharu buat Hot FM.

"Pengisian dan kandungan segmen akan diolah menjadi lebih segar, komedi melucukan, celoteh dan gelak tawa menghiburkan serta mampu memberi aura positif kepada pendengar," katanya.

Terdahulu, Hot FM membuat tawaran kepada Khairy menerusi surat terbuka di Instagram rasmi milik mereka membabitkan jawatan sebagai penyampai radio yang memerlukan bertugas setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 6 pagi hingga 10 pagi.

Selain Johan dan AG, Bekpes Hot turut menampilkan Fara Fauzana.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain