suria

[V] “Tak rasa ke maruah awak itu murah?” - Nabila Huda nasihat pelakon muda jangan masuk ‘jerat’ cinta lokasi

AKTRES Nabila Huda beranggapan alasan cinta lokasi demi mendapatkan keserasian sehingga ada pelakon wanita terjerat dengan hubungan terlarang di luar set penggambaran adalah mengarut dan tidak sepatutnya berlaku.

Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 39, berkata, tindakan tersebut hanya akan menjatuhkan maruah seorang wanita apatah lagi kisah peribadi mereka akan menjadi topik perbualan dalam kalangan kaum lelaki.

"Cinta lokasi itu mengarut! Jangan pernah lakukan perkara itu. Awak akan jumpa pelbagai lagi pasangan lain (dalam drama). Nak berlakon dengan dia sekejap sahaja, selepas itu akan bertukar pasangan lain.

"Awak tak rasa ke maruah awak itu murah? Orang lelaki akan cakap apa kekurangan awak, apa yang awak dah buat. Saya dah lama dalam industri ini, saya ada ramai rakan lelaki dan saya tahu mereka cakap fasal perempuan. Tolong jaga maruah!," katanya kepada mStar.

329759546_944479503592353_7461198703740811608_n

Nabila Huda anggap cinta lokasi mengarut.

Dalam pada itu, Nabila berkata, tindakan bermain cinta di lokasi hanya akan memakin diri sendiri kerana seorang lelaki tetap akan kembali ke pangkuan isteri apabila mereka sudah jemu.

Atas sebab itu juga, Nabila turut menasihatkan pendatang baharu dalam industri agar tidak sesekali mendekati atau berfikir untuk mencuba kerana ia akan menghancurkan hidup dan karier mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Nabila Huda hamun aktres penyondol, kali ini Sharnaaz pula tumpang geram... Minta ‘banned’ keluar TV

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh tahun layari perkahwinan, Nabila Huda titip ucapan romantis buat suami - “Kesabaran dalam diri awak tak siapa boleh lawan”

"Kalau rasa benda itu salah jangan buat, buat mereka yang nak mencuba, tolong berhenti. Ia akan menghancurkan hidup awak... nanti awak pula akan patah hati dan kemurungan.

"Sebab lelaki itu milik orang lain, tak kiralah dia kata apa sekali pun, sebenarnya dia menipu sebab dia akan setia dan sayang isterinya kerana itu adalah cinta pertama mereka.

Kalau rasa benda itu salah jangan buat, buat mereka yang nak mencuba, tolong berhenti.

NABILA HUDA

PELAKON

"Untuk lelaki, jangan salahkan perempuan, tak cukup dengan isteri di rumah yang cantik dan menjaga anak dekat rumah.

"Kenapa buka hati itu untuk perempuan lain? Tak baik, kan? Cuba bayangkan kalau isteri buat perkara sama, tentu rasa terluka," jelasnya.

314298408_2204287283077619_8222556457758847218_n

Nabilah ajak saling menyokong wanita bukannya khianati.

Meskipun terdapat beberapa selebriti yang berjaya membawa kisah cinta lokasi ke jinjang pelamin, namun Nabil berpendapat pelakon muda seharusnya lebih fokus kepada karier berbanding cinta.

"Ada yang berjaya macam Adam Lee dan Sweet Qismina ataupun Datuk Fizz Fairuz serta Datin Almy Nadia, itu cinta suci dan terus berkahwin.

"Tapi untuk budak muda ini, jauh lagi perjalanan, cuba fokus dengan karier anda. Jangan bazirkan masa dengan lelaki, cinta palsu. Bila dah berjaya nanti baru fikir fasal cinta," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain