suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Linda Rafar selamat terima menantu, anak sulung sah bernikah dengan sekali lafaz

Linda (kanan) selamat menerima menantu pertama dalam keluarga.

ANAK sulung kepada penyanyi Linda Rafar, Rezaril Keiflin selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Nur Izzati Shafika Ishak dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada pagi Sabtu.

Rezaril atau lebih mesra disapa Aril sah menjadi suami kepada Shafika dengan sekali lafaz dalam majlis yang diadakan di Cava Hall, Ara Damansara.

Pengantin lelaki menyerahkan wang mas kahwin sebanyak RM300 secara tunai, manakala Shafika dinikahkan oleh bapanya sendiri yang bertindak sebagai wali.

Rezaril (kanan) dan Syafika sudah berkenalan sejak di bangku sekolah.

Rezaril (kanan) dan Syafika sudah berkenalan sejak di bangku sekolah.

Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung meriah dengan kehadiran ahli keluarga serta teman rapat yang turut sama meraikan hari bahagia mereka.

Pada 16 Oktober lalu, Rezaril mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya yang dikenali sebagai Ika.

Pasangan itu dilaporkan sudah menjalin hubungan sejak di bangku sekolah sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] 26 tahun tak pernah berenggang, Linda Rafar sebak anak sulung luah hasrat berumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalaulah dia ada, mesti lagi lengkap” - Linda Rafar rindu arwah Memen, sebak menjelang hari perkahwinan anak

Untuk rekod, Rezaril ialah anak hasil perkahwinan pertama Linda dengan bekas suaminya, Keifli Othman, pada 1999 sebelum mereka bercerai pada 2004.

Selain Rezaril, pasangan ini turut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Rezaiman Keiflin, namun meninggal dunia pada 2014 akibat kanser perut. 

Linda kemudian mendirikan rumah tangga dengan pelakon Syed Aiman pada 2 Disember 2006.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Syed Rezaqiib, 18, Syed Rezariiq, 15, dan Syed Rezaliif, 10.

Artikel Lain

Najib kembali ke Penjara Kajang