suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib kembali ke Penjara Kajang

Najib kembali ditempatkan di Penjara Kajang susulan pelaksanaan tahanan rumah terhadapnya ditangguhkan sementara. -Foto REUTERS/Lim Huey Teng

KENDERAAN utiliti sukan (SUV) Proton X70 yang membawa Datuk Seri Najib Razak dilihat memasuki Kompleks Penjara Kajang kira-kira pukul 7.15 malam Jumaat.

Bekas Perdana Menteri itu kembali ditempatkan di Penjara Kajang susulan pelaksanaan tahanan rumah terhadapnya ditangguhkan sementara oleh Jabatan Peguam Negara (AGC). 

ARTIKEL BERKAITAN: Tahanan rumah Najib ditangguhkan sementara - AGC

Sebelum itu, kenderaan membawa Najib dilihat keluar dari kompleks penjara berkenaan sekitar pukul 2.45 petang tadi.

Najib dilaporkan menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan gigi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) terlebih dahulu sebelum dijangka dibawa ke kediamannya di Jalan Langgak Duta.

Bagaimanapun AGC kemudian memaklumkan pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib ditangguhkan sementara bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

AGC berkata, penangguhan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan berhubung tafsiran perintah bertarikh 18 September 2026, khususnya mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib bagi kes SRC International.

Artikel Berikut

Artikel Lain