SAMAN tuntutan hutang kad kredit yang diterima mendorong seorang lelaki menyerang sebuah kompleks bank sehingga mengorbankan seorang pekerja wanita.Suspek, Jacob Pearson, 35, bagaimanapun maut ditembak pengawal keselamatan dalam kejadian berbalas tembakan. Kejadian berlaku di kompleks pejabat Citibank di Tampa, Florida, Amerika Syarikat pada 4 November lalu. Menurut penyiasat, serangan itu dipercayai berpunca daripada kemarahan suspek terhadap prosiding tuntutan hutang kad kredit berjumlah AS$2,500 (kira-kira RM10,140).Sebelum kejadian, Pearson dilaporkan menghubungi sebuah pejabat peguam di Orlando yang mengendalikan urusan kutipan hutang Citibank sekitar pukul 9 pagi.Dalam panggilan tersebut, dia didakwa mengugut untuk datang dengan membawa senapang jenis AR-15 serta memakai jaket kalis peluru.Malah menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek dilihat merempuh pintu pagar luar kompleks berkenaan menggunakan kenderaannya.Insiden yang berlaku itu mengakibatkan seorang pekerja Citibank, Leanne Selman, 41, yang merupakan individu ditemuinya ditembak mati.Suspek seterusnya memasuki kafeteria sebelum berbalas tembakan dengan seorang pengawal keselamatan yang akhirnya menembaknya. Rakaman kejadian itu didedahkan Pejabat Syerif Hillsborough County susulan siasatan terhadap serangan berkenaan. -Agensi