suria

Macam layan konsert… ‘Jelajah 90 Suria’ di Kuantan meriah, ribuan hadir tonton persembahan artis popular

JELAJAH Suria kembali menemui peminat dengan memulakan siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell di Kuantan City Mall (KCM), Pahang pada Sabtu lalu.

Menurut Pengurus Besar Suria Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin, dia teruja dan untuk pendengar setelah dua tahun tidak dapat menganjurkan program tersebut kerana pandemik Covid-19.

“Setelah dua tahun Suria FM tak menganjurkan aktiviti pentas kali ini kami kembali dengan sentuhan 90-an jadi kami tampilkan Siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell.

“Sebenarnya setiap kali menganjurkan event, DJ Lin orang yang paling berdebar selain daripada anak buah saya.

“Memang saya sentiasa berdoa dan mengharapkan agar apa yang kami rancang berjalan dengan sempurna dan Alhamdulillah ia mendapat sambutan sangat baik,” katanya kepada mStar.

Antara artis yang hadir membuat persembahan di Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell di KCM adalah Yonnyboii, Hatta Junction, Amir Masdi, Ara Johari, Insomniacks, Liza Hanim, Amelina dan Ella.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi