suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Awal-awal dulu sedih… kita usaha tapi belum ada rezeki” - Izzue Islam, isteri cari waktu sesuai fokus rawatan IVF

PENYANYI Izzue Islam memberitahu dia dan isterinya, Awin Nurin terpaksa hentikan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) yang dilakukan untuk mendapatkan anak sebelum ini.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 32, berkata dia terpaksa hentikan rawatan tersebut atas faktor kesibukan kerja dan masa yang tidak mengizinkan untuknya meneruskan rawatan tersebut.

“Untuk rawatan (IVF), kami sudah berjumpa dengan doktor dan keputusan semuanya baik sahaja cuma doktor pesan kena ada masa untuk rehat sebab kalau kerja berterusan mungkin akan ganggu proses rawatan itu.

“Jadual saya agak padat pada tahun ini dan untuk tahun depan pun ada yang sudah susun jadi saya dan isteri rancang nak kosongkan jadual sekurang-kurangnya sembilan bulan.

“Saya memang nak sambung kembali rawatan cuma komitmen kerja sangat tinggi saat ini, kalau sempat hujung tahun ini kami akan cuba lagi sekali,” kata Izzue Islam kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi