suria

Ada hikmah Nabila Razali tak kenal… Renggo (Arrow) syukur terima banyak ‘job’ menyanyi, tidak lagi tebar roti canai

PENYANYI Renggo Arrow mendedahkan dia menerima banyak undangan nyanyian selepas Nabila Razali tidak mengecam dirinya semasa menyertai program I Can See Your Voice Malaysia musim kelima (ICSYVMY 5) pada Mei lalu.

Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zain Ramli, 53, tidak menyangka namanya menjadi sebutan semula dan menerima sambutan daripada peminat.

“Untuk segi karier tuhan memang membuka peluang luas dan terlalu banyak sehingga saya tidak mampu terima... saya terpaksa memberikan peluang tersebut kepada penyanyi lain kerana tidak sempat nak uruskan.

“Saya rasa peminat masih ramai yang menggemari lagu era 90-an sebab kalau pergi mana-mana mesti ada peminat yang akan menyanyi sekali walaupun lagu itu sudah berusia 30 tahun,” kata Renggo pada mStar.

Dalam pada itu, Renggo memberitahu tahap kesihatannya kurang memberangsangkan kerana berdepan masalah jantung dan perlu berhati-hati ketika membuat persembahan.

“Jantung masih belum okay cuma perlu berhati-hati untuk melakukan sebarang aktiviti, selain itu makan dan minum juga perlu dijaga tapi saat ini saya hanya bergantung kepada ubat-ubatan sahaja,” katanya pada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi