suria

Sejak jadi ‘Abang H’, ramai tawar diri kahwin Afieq Shazwan… Kongsi koleksi kereta dan motosikal bukan untuk menunjuk

PENYANYI Afieq Shazwan mendedahkan dia menerima banyak mesej daripada peminat selepas membeli kereta baharu jenama Honda Civic FE.

Bukan itu sahaja, Afieq atau Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, 25, turut memberitahu ada peminat memaki semata-mata mahu ajak berkahwin.

“Ada, DM maki, DM maki yang macam... eh kau tak nak aku jadi isteri kau ke?

“Ada juga yang macam aku nak masuk minang kau ni simple je aku nak bagitahu kau aku suka kau.

“Saya hanya baca saja tapi ada beberapa DM tu saya like ada juga yang DM untuk berkenalan ada DM yang kata ambil sayalah jadi isteri awak,” katanya kepada mStar.

Selain kereta Honda Civic FE, Afieq juga memiliki kereta Proton Saga dan dua buah motosikal berkuasa tinggi.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi