suria

Terlalu merendah diri... Yusof Haslam sentiasa bakar semangat Syafiq, ada 'golden touch' tersendiri

PENERBIT Datuk Yusof Haslam sentiasa percaya dua anak lelakinya, Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof mempunyai kekuatan dan stail tersendiri dalam mengarahkan sesebuah filem.

Yusof atau Mohd Yusof Md Haslam, 68, malah percaya Syafiq mempunyai 'golden touch' yang tersendiri seperti abangnya cuma melihat anaknya itu terlalu merendah diri.

"Syafiq ini dia terlalu merendah diri, dia ada 'golden touch' yang berada dalam kelasnya tersendiri.

"Sebenarnya filem-filem dihasilkan Syafiq boleh dikatakan 80 peratus berjaya di box-office, ada satu atau dua sahaja yang agak berat sikit dan memerlukan penonton mencabar minda dan kurang mendapat sambutan seperti Desolasi.

"Tetapi saya bangga walaupun kurang sambutan tetapi dia tetap berjaya menyampaikan sebuah filem diluar kotak," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Yusof melihat Syafiq masih mempunyai perjalanan yang panjang sebagai seorang pengarah dan masih ada idea-idea belum diketengahkan kepada penonton.

"Syafiq seorang pengarah yang bagus dan antara terbaik dekat Malaysia ini, Insya Allah dia akan terus maju pada masa hadapan," katanya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi