suria

Suka tengok keakraban Shiera dan Azah Aziz, sampaikan peminat minta berbesan… Katanya tak tolak kalau dah jodoh

PENYAMPAI radio Suria FM Sharifah Shahirah akui sedikit terkejut apabila perkongsiannya di Instagram ketika bertemu dengan rakan baiknya Azah Aziz telah mendapat perhatian netizen kerana melihat keakraban anak mereka malah ada yang minta untuk menjodohkan anak mereka.

Shahira atau lebih mesra disapa Shiera berkata dia tidak menolak sekiranya ada jodoh di antara anak mereka namun anak pertamanya iaitu Allisya Tahir akan berkahwin tidak lama lagi.

“Saya tidak pernah terfikir untuk jodohkan anak kami... anak dia semua lelaki dan anak saya pula empat perempuan. Tapi sebenarnya netizen bukan nak jodohkan anak kami cuma geram sebab seronok tengok handsome.

“Itulah yang jadi ramai nak jodohkan... tapi tidaklah ke situ sebab anak pertama saya pun dah nak kahwin tak lama lagi.

“Persiapan akhir semua dah siap, dewan sudah tempah sebab mereka bakal berkahwin bulan 11 ini, kalau bab jodoh saya serahkan kepada anak buat keputusan, ”katanya pada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi