suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Bunyi mungkin sedap tapi salah guna” - Cikgu BM tegur kesilapan perkataan dalam lirik ‘Casablanca’, bimbang murid terikut

CIKGU selebriti yang dikenali sebagai Zack Kirana telah terpanggil untuk menegur penggunaan perkataan dalam lirik lagu Casablanca kerana didapati salah dan tidak tepat.

Menurut Zack atau nama sebenar Saliza Ibrahim, jika mengikut tatabahasa sebenar, perkataan Denyut tidak sesuai digunakan dan Degup merupakan perkataan yang sesuai dengan maksud.

“Masa mula-mula dalam kelas tu ada seorang pelajar saya memasang lagu Casabalanca... saya sangat suka sebab muzik dia sangat menarik serta ada gabungan bahasa Arab serta bahasa Melayu.

“Tapi bila saya dengar berulang kali selama tiga hari, sehingga satu ketika tu bila nak mendalami lirik tersebut jadi saya dapati ada sesuatu yang tidak kena dengan lirik tersebut sewaktu memandu, kenapa perkataan denyut dan bukannya degup.

“Kalau ikut tatabahasa seperti perkataan denyut dan degup memang dengar hampir sama tapi fungsi tidak sama dan yang paling tepat untuk jantung adalah degup,” kata Zack kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi