suria

Tak mahu beg mahal, Zizi Kirana cuma minta suami beli kuda… Impi baka dari Arab, warna hitam

PENYANYI Zizi Kirana mendedahkan dia ada memasang impian untuk memiliki seekor kuda.

Kata Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 37, dia ada menyatakan hasrat kepada suaminya iaitu Yusof Bahrin mengenai impiannya itu.

“Saya dah cakap dengan Yusof, saya tak nak beg mahal-mahal... saya nak kuda je.

“Saya tak nak beg ke kasut mahal ke saya nak kuda je... dia cakap insyaAllah dia usahakan, yes!” katanya kepada mStar.

Ditanya jenis kuda pilihan, penyanyi lagu Eh ini berkata dia mahu membeli baka berasal dari Arab.

“Kuda Arab la... sebab dia tough, solid lebih kurang macam itu... jadi saya memang pasang impian nak beli kuda Arab insyaAllah warna hitam,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi