suria

Menunggu masa timang anak sulung, Ayie Floor88 bimbang isteri bersalin semasa sedang keluar bekerja

VOKALIS kumpulan Floor 88 iaitu Ayie mengakui teruja dan tidak sabar menanti kelahiran cahaya mata sulungnya tidak lama lagi.

Menurut Ayie, usia kandungan isterinya iaitu Tasha kini sudah mencecah usia 39 minggu dan dijangka bersalin dalam masa terdekat.

”Saya agak gemuruh juga sekarang ini sebab bila tengah bekerja takut tiba-tiba isteri nak bersalin ke, jadi ia amat merisaukan.

“Harap sangat bila saya berada dirumah disamping isteri jadi senang untuk dipantau.

“Alhamdulilah saat akhir ni, kesihatan isteri saya sangat baik cuma sekarang ini ada sedikit sakit-sakit tu perkara biasa untuk orang bersalin.

“Saya memang menghitung hari hari terakhir untuk menanti anak pertama ini keluar,” kata Ayie kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi