suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kalau terlepas di dunia, belum tentu di akhirat” - PU Syed ulas video pelawak, lelaki hina agama Islam

TERPANGGIL memberi teguran mengenai tindakan beberapa individu melakukan penghinaan terhadap agama Islam, pendakwah bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Syed mengakui terkilan dan marah dengan kejadian itu.

Menurut PU Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 40, jika seorang Muslim dengan sengaja menghina Rasulullah SAW dan agama Islam dengan sengaja, sesungguhnya individu tersebut telah jatuh murtad.

“Dalam Islam menetapkan kesepakatan para ulama mengatakan bahawa orang yang mencerca Rasulullah hukumnya murtad keluar daripada Islam.

“Jika dilakukan secara sengaja dalam keadaan dia sedar dan tidak dipaksa untuk melafazkan perkara tersebut,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu PU Syed turut mengingatkan bahawa jika terlepas seseorang itu daripada hukuman di dunia, namun dia tidak akan terlepas hukuman di akhirat kelak.

“Terlepas kamu di dunia tapi kamu takkan terlepas di akhirat Allah SWT,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi