suria

Selepas bergelar ibu, Ernie Zakri akui sibuk urus keluarga dan kerjaya… Tak sangka sekejap anak dah masuk 4 bulan

PENGALAMAN pertama bergelar seorang ibu pasti tidak dapat dilupakan oleh semua orang kerana terlalu banyak momen indah yang perlu dilalui.

Momen ini turut dilalui oleh penyanyi Ernie Zakri yang mengakui kehadiran puteri sulung mereka, Nur Khawla Soleha telah mengubah kehidupannya dan suami iaitu Syamel menjadi lebih bermakna.

Meskipun jadual kerja padat, Ernie bersyukur kerana anaknya dijaga dengan baik oleh pembantu.

Ia sedikit sebanyak memudahkan urusan kerjayanya dan suami, lebih-lebih lagi konsert sulung mereka bakal diadakan tidak lama lagi.

“Alhamdulilah sangat gembira saat ini dan sibuk menjaga menjaga anak, karier serta suami. Kehidupan saya sangat padat serta penat tetapi ia momen sangat indah bersama anak yang mungkin tidak dapat diulang kembali.

“Anak saya kini sudah mencecah usia empat bulan dan semua ini terlalu cepat pada saya.

“Saya ada pembantu yang tolong menjagakan anak sebab itu ada masa untuk bekerja dan kadang-kadang kerja bersama suami. Bila ada pembantu ni, Alhamdulilah memudahkan kerja saya dan Syamel,” kata Ernie pada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi