suria

Eina Azman syukur dapat keluar bekerja... suami tak suka kalau duduk rumah sahaja

PELAKON Datin Eina Azman dilihat kembali aktif membintangi beberapa drama tempatan dan terbaharu wajahnya menghiasi drama The Maid 2 yang mula bersiaran pada 6 Julai lalu.

Macam biasalah, apabila aktif semula berlakon ni mula netizen bercakap kononnya dah kaya pun perlu ke nak berlakon lagi?

“Bila saya mula-mula aktif karier lakonan semula ada banyak mulut-mulut yang berkata kepada saya dan mempersoalkan kenapa perlu saya berlakon lagi disebabkan status dah ada semua.

“Saya sudah mulakan karier lakonan ini sejak daripada kecil lagi daripada zaman sekolah, lakonan ini memang minat saya dan pernah menjadi salah satu punca pendapatan serta rezeki dahulu sebelum kahwin.

“Alhamdulilah suami izinkan untuk saya aktif semula berlakon dan dia tidak suka saya duduk rumah sahaja, tapi suka lihat saya bekerja.

“Saya sangat bersyukur kerana dapat suami yang sering memberikan sokongan, kalau ada segala kutukan yang diterima memang saya tidak akan ambil kisah,” katanya pada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi