suria

Ejai jawab khabar angin dah keluar Azzara Band, rupanya ada sebab buat ‘show’ tanpa ahli kumpulan lain!

SERING menerima tawaran nyanyian secara solo, timbul dakwaan mengatakan vokalis kumpulan Azzara iaitu Ejai Aziz sedang berdepan masalah dengan anggota lain.

Isu ini menjadi bualan peminat apabila Ejai dilihat jarang bersama ahli kumpulan yang lain dan hanya bergerak solo semasa menjayakan persembahan.

“Sebenarnya tidak, saya masih lagi dengan kumpulan cuma sebelum ini saya sudah berbincang dengan pihak pengurusan dan ahli anggota Azzara Band yang lain.

“Masing-masing faham sebab ada juga lagu yang kurang sesuai untuk Azzara Band dan hanya sesuai untuk dinyanyikan solo seperti lagu genre balada.

“Kita tidak boleh lari daripada isu ini dan nama pun manusia jadi bila cerita mengenai duit ini mesti ada. “Bila ada dengar isu macam ini, kita perlu bincang dan ambil kata sepakat kalau boleh jangan diam kerana takut perkara ini akan menjadi tambah panas,”kata Ejai kepada mStar.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi