suria

Rezeki tegur silap orang, Mamat jana ‘income’ lumayan hasil video TikTok… Sampai kena gosip dengan artis lagi

TIKTOKER dikenali sebagai Mamat Got No Chill yang popular menerusi perkongsian video menegur kesilapan selebriti tidak menyangka dapat menjana pendapatan lumayan di aplikasi berkenaan.

Menurut Mamat, 25, yang bekerja tetap di sebuah kilang meluahkan rasa syukur kerana dapat menjana pendapatan tambahan menerusi paid review.

“Asalnya saya mula tegur seorang individu ini ada membuat kesilapan kemudian tak sangka pula orang boleh terhibur dengan cara teguran saya tu.

“Kemudian lepas saya tegur tu, orang lain mula perasan dan tag di video lain untuk minta saya komen.

“Bagi pandangan saya yang merupakan pekerja makan gaji iaitu kerja kilang, memang sangat lumayan apa yang saya perolehi saat ini.

“Tapi Tik tok tidak jana pendapatan, saya dapat hasil menerusi review produk... Alhamdulillah rezeki!” katanya pada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi