suria

Rezeki mencurah-curah selepas berhijab, Kilafairy kekal istiqamah takut nak buka tudung kerana teringat ‘sesuatu’

SELEPAS membuat keputusan untuk bertudung sejak tahun 2020, pelakon Kilafairy mengakui rezekinya dalam bidang seni semakin mencurah-curah.

Sedar berdepan pelbagai dugaan, Kilafairy atau nama sebenar Syakila Nisa Jahangir Khan, 29, berkata dia cuba untuk kekal istiqamah dalam menjaga penampilannya itu.

“Saya pun manusia biasa, berlawan dengan iman, ada masa turun dan naik. Sebab itu malas nak cerita lebih-lebih takut nanti tiba-tiba terhenti.

“Cuma saya boleh cakap saya dah buat sehabis baik, try to be better.

“Macam kalau berlakon tu tak pegang lelaki, saya buat tapi kalau yang susah tu tak payah ambil terus la.

“Saya rasa the way dapat hijrah tu, ‘benda’ tu melekat dekat kepala macam berulang dan itu yang buatkan saya takut nak buka tudung,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Kilafairy turut ditanya mengenai status dirinya dan perancangan perkahwinan.

TONTON VIDEO TEMUBUAL DISEDIAKAN MSTAR INI.

Semua
Hiburan
Berita
Variasi