suria

Nikki Palikat masih berbaik dengan bekas suami, sepanjang kahwin tidak pernah bergaduh sampai anak pun tak rasa beza

PENCERAIAN bukanlah alasan untuk penyanyi Nikki Palikat memutuskan hubungan dengan bekas suami yang juga merupakan komposer terkenal, Audi Mok.

Meskipun tiada lagi keserasian dalam perkahwinan dan memilih untuk membawa haluan masing-masing, Nikki, 36, berkata mereka masih lagi menjalinkan hubungan baik sebagai seorang sahabat.

“Kami memang tak ada keserasian, dia sejenis OCD (obsessive compulsive disorder), saya pula sebaliknya... dalam kehidupan seharian agak sukar hidup sebagai suami isteri.

“Beza macam mana pun, dalam perkahwinan kena sehaluan, tapi kami tak jumpa! Saya pun mahu bagi contoh yang baik untuk anak saya.

“Biarlah perkahwinan dia (anak) nanti, dia jumpa wanita yang serasi, saya tak nak berpura-pura bagi mesej yang salah,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Nikki memberitahu anaknya iaitu Liam, 12, dapat menerima keputusan penceraian mereka itu.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI.

Semua
Hiburan
Berita
Variasi