suria

Kawan artis dah ada anak, Khai Bahar pun teringin nak kahwin… Terima siapa sahaja bakal calon isteri

SERING digosipkan bercinta dengan pasangan duet, penyanyi Khai Bahar berharap peminat tidak lagi menjodoh-jodohkannya dengan mana-mana rakan gandingan.

Kata Khai, sebelum ini ada peminat terlalu mengikut emosi hingga memarahinya kerana hubungan ‘cinta’ itu tidak menjadi kenyataan.

Malah, mereka juga meluahkan rasa kurang senang apabila Khai berduet dengan penyanyi lain dalam projek lagu terbaharu.

"Setiap peminat jika mereka suka sesuatu, mereka memang suka. Bagi Khai benda tu bagus kalau mereka sokong tapi tak bagus kalau dorang create saya bercinta dengan pasangan duet saya. End up dia orang marah. Saya nak pesan jangan la cipta isu bercinta dengan pasangan duet itu.

"Kita orang punya duet menjadi dan chemistry itu ada, jadi dari situ orang mula kenenkan. Yang penting tak ada dari side mengatakan kami bercinta.

"Kalau saya kahwin mungkin benda ni tamat tapi tak tahu bila nak kahwin. Yang mana kenenkan kalau boleh tolong jangan teruskan. Kalau nak gurau boleh tapi janganlah ambil serius,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi