suria

Duit lagi penting! Lan Pet Pet dah tak hairan dunia glamor… Akui tiada masa untuk ‘comeback’ bersama Senario

LAMA tidak muncul dalam mana-mana program televisyen, pelawak Lan Pet Pet memberitahu dia kini sedang bergiat aktif dalam bidang perusahaan dan hartanah.

Menurut Lan, dia kini mengusahakan beberapa projek hartanah bersama sahabatnya iaitu Datuk Dr Rosdi.

Gara-gara kesibukan dengan perniagaan itu, Lan berkata dia terpaksa menolak beberapa tawaran menjayakan projek bersama kumpulan Senario.

Malah, dia menepis dakwaan kononnya terdapat perselisihan faham dengan anggota kumpulan itu seperti digembar-gemburkan di media sosial.

“Perkembangan terbaharu, kalau saya beritahu kepada semua orang takut kata saya ego kerana sekarang lebih tertumpu kepada usahawan.

“Dia banyak memberikan tunjuk ajar dan saya sedang mengikut acuannya untuk membantu orang ramai supaya berjaya dalam bidang perusahaan.

“Sekarang ini bukan masa untuk glamor, ini merupakan masa yang tepat untuk kita lahirkan usahawan baharu yang berjaya.

“Saya ada beritahu mereka (Senario) yang masa tidak mengizinkan saat ini sebab saya banyak ikut Datuk turun padang untuk urusan hartanah ... sejujurnya, saya tidak ada masalah dengan Senario dan kami masih lagi berkawan,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi