suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Lelaki takkan mengamuk tiba-tiba” - Hilang sabar dengan bekas isteri, ini penjelasan Fizi Ali

SELEPAS memuat naik status hilang sabar dengan bekas isterinya iaitu Shakilla Khoriri, penyampai radio Suria FM iaitu Fizi Ali memilih untuk mengunci mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkongsiannya itu.

Bercakap kepada mStar, Fizi berkata adalah lebih baik jika punca dan sebab dia berkongsi status berkenaan ditanyakan sendiri kepada Shakilla.

“Perkara ini saya tidak mahu komen banyak, nanti takut ada pihak yang terkecil hati atau sebagainya.

“Status tu lebih kepada luahan perasaan sebenarnya, mungkin ada yang terlebih di situ bagi tatapan umum.

“Untuk perkara selebihnya saya tidak boleh komen secara lebih lanjut. Kalau nak tahu lebih lanjut tanya belah sana,” katanya.

Untuk rekod, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Soa yang kini berusia tiga tahun.

Pada Disember tahun lalu, Fizi memaklumkan hubungan mereka sudah berakhir namun tidak pernah menjelaskan punca perpisahan.

Bagaimanapun selepas berpisah kedua-dua mengekalkan hubungan baik demi anak mereka.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi