suria

Shaa bukan hilang cuma tak tahu nak jual diri… Malas layan komen ‘body shaming’

PENAMPILAN penyanyi Shaa yang dilihat lebih berisi berbanding semasa awal kemunculan pada tahun 2017 mencuri tumpuan ramai.

Kata Shaa, dia menerima komen menyentuh bentuk fizikal atau body shaming daripada netizen yang memintanya menurun berat badan.

“Shaa masih ada dalam industri cuma mungkin tidak pandai untuk mempromosikan diri, ramai yang kata saya selalu diamkan diri.

“Buat masa sekarang ini rezeki saya tular di TikTok dengan kumpulan Busker, kalau ada rezeki lebih insyaAllah saya akan terima selepas ini.

“Mengenai (komen fizikal), saya tidak kisah pun sebenarnya, hanya mampu senyum sahaja.

“Saya cuma mengharapkan penerimaan orang ramai sahaja... kepada yang memberikan komen positif atau tidak baik itu, saya diamkan sahaja.

“Perkara ini tidak membuatkan saya down jadi tidak perlu risau sebab saya tetap menjadi diri sendiri.

“Walaupun gemuk macam ini, kesihatan masih baik, suara pun tiada masalah, lagipun mereka tidak tahu apa yang saya lalui sebelum ini,” jelas Shaa kepada mStar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Shaa, gemuk, viral, panas, mstar, teguran, sensasi


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi