suria

Bekas PA terkilan Fify Azmi ‘viral’ foto di IG, selama ini simpan semua aib… Sebak tengok ibu menangis gara-gara isu ‘kebas’ duit

TINDAKAN pelakon Fify Azmi memuat naik foto bekas pembantu peribadi (PA) di laman Instagram mengundang rasa kurang senang wanita berkenaan.

Kata PA berkenaan yang mahu dikenali sebagai Nora, isu ‘kebas’ duit itu hanyalah salah faham dan Fify tidak sepatutnya berkongsi mengenai perkara itu tanpa mengadakan perbincangan terlebih dahulu.

“Yang fasal wang RM15,000 ini disebabkan berlakunya salah faham, fasal duit itu semua saya dah buat laporan polis.

“Saya tak pernah lari dan tak pernah tutup telefon kalau dia hubungi untuk bertanyakan mengenai perkara ini.

“Tapi dia memilih untuk memviralkan saya di media sosial hingga menjatuhkan nama saya serta keluarga. Bila saya bayar duit dia, dia boleh kembalikan ke maruah saya?” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi