suria

Penonton kurang senang babak ‘ajak mandi’ dalam ‘Melur Untuk Firdaus’... Meerqeen minta fikir positif, sekadar jenaka

DRAMA Melur Untuk Firdaus yang ditayangkan di slot Lestary TV3 menjadi trending di media sosial.

Ia menerima sambutan hebat penonton apabila aksi lakonan pelakon utama iaitu Meerqeen dan Anna Jobling dilihat serasi membawa watak sebagai pasangan suami isteri.

Namun di sebalik pujian itu, ada juga penonton meninggalkan komen kurang senang dengan babak lakonan mereka yang dikatakan terdapat unsur lucah dan kurang sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

“Kami dah jangka perkara ini akan berlaku, itu pun dah banyak babak sudah buang kerana kalau ikutkan skrip, lagilah teruk.

”Saya dan Anna sudah berbincang, apa yang patut untuk dilakukan bersama dan dialoq dalam drama tersebut sebenarnya kelakar.

“Benda itu biasa je sebenarnya, tapi itu okay sikit kalau dibandingkan dengan yang lain dan kalau kita fikir ia kearah positif maka ia jadi kelakar, kalau fikir ke arah lain maka jadi la begitu.

“Kita tidak boleh nak cakap dengan orang untuk terima kami atau sebagainya, setiap cerita mesti ada baik dan buruknya lagipun kami tahu apa yang perlu di buat,” kata Meerqeen kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi