suria

Belajar dari pengalaman… Hariz Hamdan serik nak dedah umur, terkilan pelakon senior layan macam budak-budak

GARA-GARA berkongsi mengenai usianya yang masih muda, pelakon baharu Hariz Hamdan memberitahu dia menerima layanan kurang mesra daripada segelintir pelakon senior.

Menurut Hariz atau nama sebenar Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, pengalaman itu meninggalkan impak terhadap emosinya dan membuatkan dia lebih berhati-hati sebelum berkongsi mengenai hal peribadi.

"Ya betul! Sebelum ni ada pelakon senior layan saya teruk semasa kemunculan saya dalam industri.

“Pada mulanya baik saja tapi bila saya dedah umur saya baru 20 tahun ketika itu, dia orang terus layan saya macam budak kecil. Kenapa?

“Sampai sekarang saya ambil pendekatan untuk tidak reveal umur saya... bukan sebab trauma cuma saya berhati-hati.

“Bila orang tanya saya baru saya beritahu,” katanya kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi