suria

Iqram Dinzly ‘sound’ artis baharu, zaman sekarang kena bijak ambil peluang… Gimik murahan tak perlu bayar

PERNAH dikecam teruk kerana menimbulkan kontroversi dengan membuat gimik murahan di set penggambaran, pelakon Iqam Dinzly berkata apa yang dilakukan itu hanyalah content semata-mata.

Enggan melatah dengan respon orang terutamanya rakan industri, Iqram memberitahu dia hanya memanfaatkan media sosial bagi tujuan mempromosikan drama tersebut.

“Memang la gimik murahan, zaman sekarang kena bijak la kau yang tak pandai memanfaatkan keadaan.

“Kena fahamlah kau sebagai budak yang baru nak belajar. Bukan nak cakap kau (orang) l tak bagus dan terus rasa diri tu bagus.

“Mana lagi bijak daripada dapat publisiti kena bayar dengan publisiti ‘murah’ macam tu tapi viral. Senang tak perlu bayar apa-apa,” katanya kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi