suria

Dini Schatzmann enggan terburu-buru kahwin Janna Nick, sekarang masa cari duit utamakan kerja dahulu

SERINGKALI diasak dengan soalan mengenai perkahwinan, pelakon Dini Schatzmann memberitahu masih dalam proses untuk ke arah itu.

Ujar Dini, buat masa ini dia dan Janna Nick mahu fokus kepada karier seni terlebih dahulu.

“Saya sering kali jawab soalan ini, kami masih dalam proses sebab kami ada rancangan masing-masing.

“Sekarang ni saya hanya fokus kepada kerjaya saya... dan Janna pun sama.

“Kerja dulu cari duit, cari rezeki lepastu baru fikir benda itu,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Dini memenangi Anugerah Artis Baharu MeleTOP di malam Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) yang bersiaran pada malam Ahad lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi