suria

Zarul Umbrella lega sektor penerbangan kembali bernafas, mahu buat lebih banyak ‘content’ dunia awan biru

BERKONGSI video serta kandungan mengenai dunia penerbangan di laman YouTube, penyanyi Zarul Umbrella berkata ramai pengikutnya mahu mengetahui pengalaman kerjayanya sebagai pramugara sebelum ini.

Memandangkan sektor penerbangan sudah kembali aktif beroperasi, Zarul berkata dia merancang untuk berkongsi lebih banyak lagi content menarik untuk pengikutnya itu.

"Perkongsian paling peminat suka ialah pengalaman kerja saya bersama artis yang merupakan bekas cabin crew. Mereka jarang jumpa perkongsian begini di media.

"Alhamdulillah sektor penerbangan pun dah aktif semula, saya dengar ada rakan-rakan sudah dipanggil semula. Saya pun seronok sebab lepas ni boleh naik flight dan buat reviu di YouTube saya.

"Nak kembali semula untuk jadi pramugara itu tak mungkinlah, tapi saya rindu pengalaman kerja dan kenangan dahulu,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Zarul turut menjawab sangkaan orang ramai kononnya kerjaya sebagai cabin crew memerlukan individu yang memiliki wajah kacak dan cantik.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI

Zarul Umbrella, cabin crew, pramugara,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi