suria

Siti Nurhaliza ikhlas terima jemputan konsert Noraniza Idris… Minta tak panjangkan cerita

TIADA istilah berbaik atau sudah berdamai antara penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan penyanyi Irama Malaysia iaitu Noraniza Idris yang dikatakan selama ini bermasam muka.

Kata Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa TokTi, hubungannya dengan Noraniza atau Kak Ani berada dalam keadaan baik-baik sahaja dan isu berkenaan tidak perlu diperbesarkan.

Malah, dia tidak menolak untuk hadir ke konsert rakannya itu yang akan berlangsung Oktober depan.

"Kadang-kadang tak cakap pun lebih baik daripada kita bagi komen.

"Sebab bila kita bagi komen positif nanti orang akan pusing balik kenapa bermasam muka, sebab apa yang saya cakap itu adalah ikhlas dan tak perlu panjangkan.

"Saya berterima kasih bila dapat dijemput ke konsert Noraniza Idris, dan insyaAllah kalau tak ada halangan saya datang," katanya kepada mStar.

Semua
Hiburan
Berita
Variasi