suria

Syazwan Zulkifly mengaku budak nakal tapi masih ada agama… Buat benda pelik sikit ibu dah tegur!

PELAKON Syazwan Zulkifly tampil menjelaskan mengenai tatu yang kelihatan pada kedua-dua tangannya, baru-baru ini.

Kata Syazwan, 34, tatu sementara itu digunakan bagi menjayakan sebuah drama.

“Saya beli tatu tu RM5 je, tampal, lap dan terus melekat...tiga hari atau tiga kali mandi dah hilang.

“Tak ada yang kecam, yang ada pun bertanya itu tatu betul ke? Jawapan saya memang boleh buat orang gelak.. tak ada jadikan isu,” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Syazwan menjelaskan dia masih mempunyai pegangan dan tahu mengenai hukum agama.

“Betul saya nakal tapi saya masih ada agama, takkan saya nak buat penuh tatu di badan.

“Kalau buat (tatu) macam mana saya nak berlakon, ada ke stesen TV nak ambil saya kalau tatu penuh di tangan?” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi