suria

Ramai ‘complain’ tiket konsert mahal, Aina Abdul ada sebab letak harga… Yakin penonton terkejut tengok fesyen malam itu

SELEPAS membawa pulang beberapa trofi dalam Anugerah Juara Lagu, nama penyanyi Aina Abdul dilihat semakin kukuh dalam industri muzik tanah air.

Namun di sebalik kejayaan itu, timbul pula cakap-cakap mendakwa kononnya Aina kini mula demand mengenai soal bayaran termasuklah harga tiket konsertnya yang akan berlangsung bulan depan.

Menjawab mengenai perkara itu, Aina berkata dia meletakkan harga itu bukanlah disebabkan populariti yang diraih.

Sebaliknya memikirkan tentang nasib staf dan kru yang berkerja di bawah Aina Abdul Entertainment.

“Bukan sebab saya dah lama dalam industri saya letak harga yang tinggi. Saya masih sama.

“Cuma bezanya sekarang ni saya ada ramai staf untuk bekerjasama dan bekerja. Mereka memerlukan duit. Itulah kenyatannya.

“Bukan la up tapi kita kena berpijak di bumi yang nyata. Bila kita letak harga sedemikian kita kena beri lebih dalam semua aspek,” katanya kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi