suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bimbang keluarga kena ganggu, Alvin Chong mungkin kahwin diam-diam… Takut tengok ramai kawan berdepan masalah rumah tangga

PELAKON dan penyanyi Alvin Chong mendedahkan pernah beberapa kali menerima gambar lucah yang dikirimkan oleh individu tidak dikenali melalui mesej peribadi di laman Instagram.

Lebih membuatkan dia terkejut apabila gambar tidak senonoh itu dihantar oleh remaja yang masih bersekolah.

“Saya pernah dapat gambar-gambar tidak senonoh di laman sosial tak kiralah daripada lelaki atau perempuan.

"Bukan itu sahaja, pernah juga saya terima gambar seperti itu daripada budak bawah umur yang masih berpakaian seragam sekolah.

“Saya terfikir, apalah yang sedang terjadi di Malaysia ini?,” katanya kepada mStar.

Meskipun kerap menerima gangguan sedemikian di laman sosial, Alvin berkata dia memilih untuk tidak mengendahkan mesej-mesej berkenaan.

“Saya memang langsung tak akan balas. Sebab kalau kita balas satu, mereka akan buat lagi.

“Cara saya untuk tangani sesuatu perkara yang saya tak suka atau tidak bersetuju, saya akan diam sahaja,” ujarnya.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi