suria

Rahmad Mega rindu baca surat dihantar peminat, artis BBNU sekarang tak rasa momen itu

KEHADIRAN ramai penyanyi baharu sama sekali tidak menggugat perjalanan seni penyanyi Rahmad Mega.

Kata Rahmad, dia tidak menganggap dirinya bersaing dengan bakat baharu (BBNU), sebaliknya hanya ingin berkongsi pengalaman sebagai penyanyi lama.

“Mungkin disebabkan lagu-lagu hits saya masih lagi dimainkan di corong-corong radio.

“Jadi masih lagi segar menyebabkan kita masih lagi relevan dengan trend masa kini.

“Saya pun bukannya nak mengejar populariti tu lagi sebab kita dah pernah capai populariti di zaman kemuncak masing-masing,” katanya kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi