suria

Rezeki mencurah-curah sebagai pelakon komedi, Bell Ngasri tak kisah bawa apa sahaja watak asalkan orang suka

SERING ditawarkan membintangi drama dan filem bergenre komedi, pelakon Bell Ngasri berkata dia terbuka membawa watak lebih serius selepas ini.

Sebagai pelakon yang sudah lebih 30 tahun berkecimpung dalam industri seni, Bell berkata dia akan membawakan apa sahaja watak diberikan dengan sebaiknya.

"Mungkin kerana watak Barkoba dalam filem 18 Puasa Di Kampong Pisang menambat perhatian orang dan ramai yang suka.

"Sekarang banyak watak yang diberi lebih kepada komedi. Alhamdulillah, saya sebagai pelakon sentiasa buat yang terbaik atas amanah diberi.

"Saya berlakon untuk bagi orang seronok, penonton suka. Sejujurnya saya pun ada impian nak pecahkan bakat ke genre lain juga tapi mereka nampak saya ke situ (pelawak)," katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Bell kini sedang sibuk menjalani penggambaran telefilem Budak Flat bergandingan bersama beberapa pelakon hebat lain antaranya Nabila Razali.

TONTON KOMEN BELL MENGENAI PENGALAMANNYA BERLAKON DENGAN NABILA RAZALI!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi