suria

Dah rancang bawa keluarga jalan, Man Raja Lawak kemalangan pula… Terpaksa sorok luka bimbang isteri tahu

PELAWAK Man Raja Lawak terbabit kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan mengambil keluarga untuk keluar bersiar-siar pada Rabu.

Kata Man, dia dilanggar sebuah kereta dan mengalami kecederaan pada bahagian tangan dan kaki.

Bagaimanapun Man tetap meneruskan perancangan membawa keluarga berjalan-jalan kerana enggan mengecewakan anak-anak yang sudah lama menunggu.

Apa yang membuatkan netizen sebak apabila Man memberitahu dia terpaksa menyorokkan luka kerana enggan isteri bimbang dan mengenai kemalangan itu

“Sekarang ni pun sebenarnya nak tarik nafas pun agak sukar, sebab dada saya terhimpit jadi agak sukar nak benafas,

“Tapi saya belum pergi buat rawatan lagi sebab nak menyorok daripada isteri, jadi saya pakai baju lengan panjang, kalau tidak dia nampaklah,” jelas Man kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi