suria

Denden Gonjalez akui ‘berat’ bawa nama Search, sedar peminat belum ‘move on’ bandingkan dengan Amy

KUMPULAN Search yang dianggotai oleh Denden Gonjalez selaku vokalis, Noordin (gitaris), Kid (gitaris), Yan (bas), Pae (drum) bakal mengadakan konsert Search Rocking On The Rooftop bertempat di bumbung Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi pada Sabtu, 11 Jun depan.

Di sebalik kesibukan kumpulan ini melakukan persiapan akhir untuk konsert menjelang tiba itu, timbul pula cakap-cakap yang mempertikaikan kredibiliti Denden termasuklah membandingkannya dengan vokalis terdahulu iaitu Amy.

“Kami bukan nak cari pengganti, kami cuma nak teruskan legasi Search, lagi pula abang Amy memang tiada penggantinya

“Saya mengidolakan abang Amy daripada zaman kanak-kanak, tetapi tekanan pasti dirasai namun saya tidak fikirkan sangat mengenai perkara itu.

“Kerana dari dulu lagi memang saya selalu terima komen sedemikian rupa,” kata Denden dan Din kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

denden gonjalez, vokalis search


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi