suria

Haqiem Rusli tak berkenan netizen tegur isteri cara kasar, bagi masa perbaiki diri

ISTERI kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea tidak terlepas menjadi mangsa kecaman netizen di laman sosial.

Ini selepas Anis berkongsikan beberapa keping foto dirinya dilihat memakai pakaian yang dikatakan kurang sesuai dan agak seksi untuk wanita bertudung.

Rata-rata netizen memberikan teguran dan meminta Anis menutup aurat dengan sempurna selepas ini.

Dalam hal ini, Haqiem berkata dia menerima segala teguran itu dengan hati terbuka, namun bukan menggunakan bahasa yang keterlaluan.

“Saya tak nak komen banyak tentang perkara ini, bagi saya sebagai seorang manusia, mesti ada proses untuk jadi lebih baik.

“Saya faham mereka yang menegur tu untuk kebaikan, saya setuju dengan mereka cuma kita doa yang baik-baik sahaja, jangan terlalu keras ketika menegur.

“Saya dan Sofea serta kita semua ini akan mempelajari untuk menjadi manusia yang lebih baik, jangan kecam-kecam okay,” katanya kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi