suria

Lantang bersuara di media sosial! Naim Daniel bukan nak hentam sesiapa, anggap teguran netizen sebagai ingatan tuhan

PENYANYI Naim Daniel merupakan salah seorang selebriti yang dilihat lantang bersuara di media sosial terutamanya Twitter.

Terbaharu menerusi ciapan di akaun Twitter, Naim menulis sesuatu seolah-olah menujukan mesej itu kepada individu yang disifatkan perasan bagus.

Menjawab mengenai perkongsiannya itu, penyanyi lagu Purnama ini berkata status itu dibuat sebagai peringatan untuk dirinya sendiri dan bukan kepada mana-mana pihak.

“Saya sahaja memberikan pesanan sebab kadang-kadang bila ada perasaan bagus dan perasan bagus ni tapi kalau boleh kita pun tak nak jadi yang perasan bagus tu.

“Tweet itu tidak bersifat bersifat peribadi pun sebenarnya, lebih kepada sekadar perkongsian sahaja dan kadang-kadang ia menjadi peringatan buat diri sendiri.

“Saya dahulu pernah juga menjadi hencapan golongan netizen tetapi saya percaya sesiapa saja yang datang dalam hidup kita ni pasti ada sebab.

“Walaupun kadang-kadang mereka beri teguran melampau tapi secara kita tidak sedar sebenarnya tuhan nak suruh kita periksa kembali kehidupan kita” katanya kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi