suria

Tak layak jadi ustaz, niat Adam Corrie berdakwah sebab nak kongsi ilmu bukan tunjuk bagus

TINDAKAN pelakon Adam Corrie berkongsi mengenai hal agama di media sosial mengundang rasa kurang senang segelintir netizen.

Dalam hal ini, Adam mengakui dia tidak layak untuk digelar sebagai seorang ustaz namun dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim iaitu berdakwah ke arah kebaikan.

“Ramai orang kecam saya, ada yang cakap saya acah hebat macam ustaz. Saya tak layak dengan gelaran tu.

“Saya hanya belajar ilmu agama, tidak salah rasanya kalau saya berkongsi ilmu dengan orang. Kalau ada orang nak tegur boleh DM saya.

“Saya tak ada tauliah pun nak jadi ustaz... tapi kita kena ingat nak cari ilmu ni bukan semua perkara kita kena bergantung kepada ulama,” katanya kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi